Ads 468x60px

Thursday 8 December 2011

INFO MATEMATIK


 MATEMATIK?? SUSAH KE????

Pada satu ketika dulu, jika disebut mata pelajaran matematik ramai antara pelajar akan mengerutkan dahi. Tanda tidak setuju atau takut pada matapelajaran tersebut. Ramai di kalangan pelajar, majoritinya adalah pelajar daripada kaum Melayu sukar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam matapelajaran tersebut berbanding pelajar daripada kaum lain terutama pelajar kaum Cina.

Pada anggapan sesetengah pelajar matematik melibatkan pengiraan berbentuk tambah, tolak, darab dan bahagi. Satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Itu anggapan dan tafsiran mereka. Jadi, apa sebenarnya matematik ? Menurut Kamus Dewan Edisi 2, matematik adalah satu cabang ilmu sains atau satu perkiraan yang melibatkan nombor. Lebih tepat lagi, matematik adalah mengenai sains yang melibatkan pola.

Sebenarnya, jika kita tahu bagaimana matematik itu dibentuk dengan sendirinya, kita akan jatuh cinta pada matematik. Kepuasan dirasakan jika kita memperolehi jawapan bagi setiap persoalan matematik. Bahkan ada yang berasa bangga. Teknik untuk menjawab matematik adalah melalui penyiasatan atau penerokaan mengenai pola atau corak nombor tersebut. Setiap persoalan matematik adalah terdiri daripada pola - pola yang telah dibentuk. Jika kita telah berjaya menemui pola tersebut dengan sendirinya jawapan bagi persoalan tersebut akan diperolehi.

Bagi para guru, penyampaian pengajaran matematik hendaklah disulami dengan penggunaan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran para pelajar ke arah zaman maklumat ( ICT ). Penggunaan kalkulator bukan lagi satu perkara yang harus dilarang atau ditegah. Kalkulator hanya membantu pelajar semasa aktiviti penyemakan jawapan. Galakkan pelajar berfikir untuk menerokai pola sesuatu persoalan, barulah penyemakan dijalankan dengan bantuan kalkulator. Perisian yang banyak disediakan di laman WEB boleh membantu guru di dalam penyediaan latihan berbentuk pengukuhan atau latih tubi. Dewasa ini, pelbagai isu - isu laman WEB yang boleh membantu para guru mengasuh minda para pelajar mereka.

Persekitaran pembelajaran adalah elemen utama bagi memastikan tercapainya matlamat pendidikan matematik alaf baru. Mewujudkan persekitaran yang menyokong dan menggalakkan penaakulan matematik dan meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap matematik harus menjadi pertimbangan utama guru. Guru harus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan perkembangan kuasa matematik setiap pelajar dengan:-
  • menyediakan dan menstruktur masa yang sesuai untuk meneroka serta berusaha memahami idea - idea masalah yang signifikan.
  • menggunakan ruang fizikal dan bahan dengan cara yang memudahkan pembelajaran matematik.
  • menyediakan konteks yang menggalakkan perkembangan kemahiran dan ketrampilan matematik.
  • memberi galakan kepada pelajar untuk menunjukkan ketrampilan matematik dengan mengesahkan dan menyokong idea melalui hujah matematik.

0 comments:

Post a Comment

Message Box